- Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses
pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda
manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi
tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme,
ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam
bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut
pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu
sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh
murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran
murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam
persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina
sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang
membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep
atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia
ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang
terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat
bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di
mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini
diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal
mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi
jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori
konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan
murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang
disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan
berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan
cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur
dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan
berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan
penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada
pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.
- Perbandaingan
Objektivisme Dengan Konstruktivisme
Paradigma pendidikan
masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini
gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara
objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme
berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia.
Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan
disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah
untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains
dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk
menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
Ahli
objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan
siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui
segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan
belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini
menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting
dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala
jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif
dan berpengetahuan luas.
Dari pandangan
ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa
yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan
peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka
menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid
bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi
kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi
perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus
dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami
prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan
memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui
penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam
bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik.
Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau
pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan
mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan
memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu
proses berterusan dalam kehidupan.
paradigma konstruktivisme, murid menganggap
peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang
yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang
boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka
bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi
memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah
berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan
murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang
melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari
sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid
yang membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian
sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang
dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang
dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang
sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh
yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan
pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan
jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.
Menurut teori konstruktivisme,
penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan
pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep,
rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme
terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli
konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh
menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi
individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap
individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi
perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri
tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka
akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
mereka.
Sebaliknya ahli objektivisme
berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid
tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Mereka yang ingkar akan didenda.
Pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang
diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu,
guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya
kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Perbandingan Objektivisme Dengan
Konstruktivisme Dalam Pendidikan
Objektivisme
|
Konstruktivisme
|
|
Tanggapan
Utama
|
Pengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan
luaran pelajar
|
Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar
tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan
tidak mempunyai struktur mutlak
|
Kesan
|
Guru menolong
murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka
mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan
untuk membantu murid
|
Guru menolong
murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur
kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk
analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid
membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman
yang lebih tinggi
|
Respons Guru
|
"ada
perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya
tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar ini" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan" |
"Ada
perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana
anda boleh belajar mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka" |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar